MELAKA - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Khaidhirah Abu Zahar atau lebih dikenali sebagai Dira menang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Dira yang mewakili Barisan Nasional (BN) meraih 4,037 undi, meninggalkan Azalina Abdul Rahman daripada Perikatan Nasional (PN) dengan 2,710 undi manakala B Prasanth Kumar daripada Pakatan Harapan (PH) dengan 2,163 undi.
Kerajaan Melaka tumbang selepas bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, bersama tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN, PN dan Bebas mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali pada 4 Oktober lalu.
Tiga ADUN terbabit adalah Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu).
Susulan itu, Sulaiman mengambil langkah membubarkan DUN mulai semalam, dalam usaha menyelesaikan kemelut politik di negeri itu.
PRN Melaka bermula pada dengan penamaan calon pada 8 November lalu.
Klik di sini untuk terus membaca