SHAH ALAM - Parti MCA mendapat nafas baharu dalam politik Malaysia apabila melakukan kejutan dengan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya. Setakat jam 8.20 tadi, calon MCA-BN, Ngwe Hee Sem secara tidak rasmi menang kerusi... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Parti MCA mendapat nafas baharu dalam politik Malaysia apabila melakukan kejutan dengan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya.

Setakat jam 8.20 tadi, calon MCA-BN, Ngwe Hee Sem secara tidak rasmi menang kerusi itu apabila memperoleh 2,121 undi.

Hee Sem berjaya membuat calon muka baharu PKR, Law Bing Haw berputih mata.

Bing Haw mendapat 1,636 undi manakala calon Perikatan Nasional, Tai Siong Jiul memperoleh 587 undi.

Dua lagi calon iaitu Abdul Aziz Osani (IMAN) dan calon Bebas, Azlan gagal memberi saingan apabila memperoleh kurang 100 undi.

Kerusi Machap Jaya sebelum merupakan milik PKR, Ginie Lim yang menang dengan 1,336 majoriti undi.

Sebelum ini, MCA yang kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) gagal menang mana-mana kerusi di Parlimen dan DUN Melaka.

Dalam pada itu, satu lagi parti komponen BN iaitu MIC juga dikhabarkan mungkin menang di DUN Gadek.

Klik di sini untuk terus membaca