SHAH ALAM - Dua parti komponen Barisan Nasional mendapat tonik baharu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka apabila buat julung-julung kalinya menewaskan saingan kuat mereka iaitu DAP dan PKR. Lebih mengejutkan MIC mengalah DAP di salah... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Dua parti komponen Barisan Nasional mendapat tonik baharu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka apabila buat julung-julung kalinya menewaskan saingan kuat mereka iaitu DAP dan PKR.

Lebih mengejutkan MIC mengalah DAP di salah satu kubu kuat mereka di Gadek dengan majoriti 559 undi.

Kem BN mengumumkan calon BN-MIC, P. Shanmugam yang memperoleh 2,987 undi mengalahkan penyandang kerusi tersebut daripada DAP iaitu G. Saminathan.

Sementara itu, MCA meneruskan rentak cemerlang mereka di PRN Melaka apabila menambah satu lagi kerusi selepas DUN Machap Jaya.

MCA sekali lagi merampas kerusi PKR di Kelebang apabila calon BN-MCA, Datuk Lim Ban Hong menang dengan 5,028 undi.

Ban Hong merupakan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Beliau mengalahkan calon PH-PKR yang juga penyandang kerusi, Datuk Gue Teck yang memperoleh 4,152 undi.

Calon Perikatan Nasional, PN- Pas, Bakri Jamaluddin pula memperoleh 3,884 undi.

Klik di sini untuk terus membaca