SHAH ALAM - Pakatan Harapan (PH) menerima tamparan hebat apabila kalah teruk dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka selepas cuma menang lima kerusi berbanding 13 kerusi pada PRU14. Kemenangan 13 kerusi tersebut selepas ditolak dua kerusi... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Pakatan Harapan (PH) menerima tamparan hebat apabila kalah teruk dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka selepas cuma menang lima kerusi berbanding 13 kerusi pada PRU14.

Kemenangan 13 kerusi tersebut selepas ditolak dua kerusi milik Bersatu yang turut dimenangi pada PRU14 tetapi kedua-dua ADUN Bersatu menyertai blok baharu Perikatan Nasional (PN).

Dalam keputusan tidak rasmi malam ini, PKR yang mengetuai gabungan PH dalam PRN Melaka tersungkur paling teruk apabila daripada 11 kerusi ditandingi calon parti itu gagal menang satu kerusi pun.

Calon-calon heavyweigt PKR seperti Datuk Seri Shamsul Iskandar Md. Akin di DUN Paya Rumput, Datuk Seri Idris Haron di DUN Asahan dan Datuk Gue Teck di DUN Kelebang tumbang kepada lawan masing-masing.

DAP juga terpaksa menelan kekecewaan apabila hanya dapat mempertahankan empat kerusi yang dimenangi mereka pada PRU14 dan hilang tiga kerusi lagi.

Empat kerusi yang berjaya dipertahankan DAP ialah Ayer Keroh, Kesidang, Kota Laksamana dan Bandar Hilir.

DAP terpaksa melepaskan kerusi Bemban kepada PN, Duyong kepada UMNO dan Gadek kepada MIC.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan kerusi Pengkalan Batu sama ada kekal menjadi milik DAP atau turut beralih tangan kepada BN.

Dalam pada itu, parti Amanah juga hanya menang satu kerusi menerusi calon heavyweight mereka yang juga bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari.

Adly mempertahankan DUN Bukit Katil yang dimenanginya pada PRU14.

Dalam PRN Melaka, Amanah menghantar seramai lapan calon.

Klik di sini untuk terus membaca