MELAKA - Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka telah menyaksikan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan selepas mengungguli 21 Dewan Undangan Negeri (DUN). Pakatan Harapan (PH) pula hanya memenangi lima DUN manakala Perikatan Nasional (PN)... Klik di sini untuk terus membaca

MELAKA - Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka telah menyaksikan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan selepas mengungguli 21 Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pakatan Harapan (PH) pula hanya memenangi lima DUN manakala Perikatan Nasional (PN) sekadar dua kerusi.

Dalam PRN itu, seramai 112 calon layak bertanding dan daripada jumlah itu, hanya terdapat 16 calon wanita.

Bagaimanapun, selepas berakhirnya pengundian, hanya empat atau 37.5 peratus wanita berjaya menawan DUN yang ditandingi.

KHAIDHIRAH


Mereka ialah Datuk Khaidhirah Abu Zahar (BN-Rim), Datuk Kalsom Nordin (BN-Pangkalan Batu), Siti Faizah Abdul Azis (BN-Sungai Rambai) dan Leng Chau Yen (PH-Bandar Hilir).

Khaidhirah yang merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO menang dengan undian sebanyak 4,037 undi.

Kalsom yang merupakan calon paling tua berusia 68 tahun menang dengan 4,839 undi, Siti Faizah (3,801 undi) dan Chau Yen (9,091 undi).

Klik di sini untuk terus membaca