MELAKA- Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu digegarkan dengan berita yang mengejutkan apabila calon tertua dari parti Barisan Nasional (BN) iaitu Datuk Kalsom Nordin peroleh kemenangan di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15 pada... Klik di sini untuk terus membaca

MELAKA- Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu digegarkan dengan berita yang mengejutkan apabila calon tertua dari parti Barisan Nasional (BN) iaitu Datuk Kalsom Nordin peroleh kemenangan di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15 pada Sabtu dengan 4,839 undi.

Pernah diketawakan sebagai calon paling tua bertanding kerana berusia 68 tahun, Ketua Wanita UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya itu berjaya membuktikan bahawa umur hanyalah angka dan ia tidak menghalang perjuangannya sebagai wakil rakyat bagi memastikan masyarakat di Pengkalan Batu mendapat perkhidmatan terbaik.

Kalsom yang juga calon tertua dalam kalangan 112 calon bertanding pada PRN Melaka, mula aktif dalam politik lebih 30 tahun lalu dan diangkat sebagai Ketua Wanita Bahagian Hang Tuah Jaya selama dua penggal sehingga kini.

Selain itu, anak jati Pengkalan Batu berasal dari Peringgit itu adalah anak saudara kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba.

Bertanding pada usia tersebut sudah menjadi satu cabaran namun apa yang lebih menarik, beliau juga berjaya mengatasi calon muda Pakatan Harapan (PH) daripada DAP, Muhamad Danish Zainudin, 25, yang sering menjadi perbualan hangat dan ramalan segelintir masyarakat bahawa kemenangan sudah tentu milik pemuda itu.

Danish yang mendahului DUN Pengkalan Batu pada mulanya dengan 2,600 undi tewas tipis apabila Kalsom Nordin berjaya mendahului pemuda itu dengan 4,839 undi pada akhirnya.

Dalam pada itu, Kalsom Nordin juga berjaya menandingi calon kontroversi terhangat di samping punca PRN Melaka diadakan iaitu calon Bebas, Datuk Norhizam Hassan Baktee yang gagal mempertahankan kerusi DUN berkenaan apabila hanya memperoleh 1,218 undian dalam PRN Melaka.

Ini menunjukkan bahawa Melaka masih belum memberi peluang kepada calon-calon muda dan umur tidak menjadi faktor kepada sesebuah kemenangan.

Klik di sini untuk terus membaca