ERA zaman terbuka ini adalah era yang menyaksikan tiada apa lagi yang dapat disembunyikan daripada pengetahuan umum. Lambat laun ia akan diketahui ramai. Itulah apa yang berlaku apabila isu dan misteri anugerah tanah dan rumah kepada bekas... Klik di sini untuk terus membaca

ERA zaman terbuka ini adalah era yang menyaksikan tiada apa lagi yang dapat disembunyikan daripada pengetahuan umum. Lambat laun ia akan diketahui ramai.

Itulah apa yang berlaku apabila isu dan misteri anugerah tanah dan rumah kepada bekas Perdana Menteri kita terbongkar yang akhirnya menyebabkan Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri terpaksa muncul untuk menjelaskan keadaan.

Beberapa hari sebelum itu, orang dah mula bercakap dan kemudian mula viral dalam media sosial tetapi pukulan maut datang daripada Dewan Rakyat apabila Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz terpaksa membuat penjelasan selepas digasak bertubi-tubi oleh seorang lagi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tengku Zafrul mengesahkan Najib membuat permohonan tersebut tapi kabinet masih belum membuat keputusan lagi.

Selepas isu ini terbongkar, pelbagai persoalan ditimbulkan, misalnya apakah ini satu amalan atau sekadar budi bicara; Adakah Peguam Negara telah dirujuk terlebih dahulu; Apakah bekas Perdana Menteri yang telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah masih berhak mendapat anugerah sebesar ini daripada kerajaan; Adakah bekas-bekas Perdana Menteri sebelum Najib turut mendapat anugerah yang serupa; Berapa luaskah tanah yang mereka berhak dapat dan macam-macam lagi.

Ini mendorong Najib untuk muncul dan menjelaskan keadaan. Penjelasannya yang paling signifikan ialah anugerah ini diperuntukan di bawah Akta Saraan Ahli-Ahli Parlimen yang mana sebagai bekas Perdana Menteri beliau berhak mendapatnya. Yang kedua, bukan beliau yang meminta tanah bernilai RM100 juta itu secara spesifik sebagaimana yang diuar-uarkan.

Sebaliknya, tanah itu adalah satu daripada tiga opsyen yang dibentangkan di hadapannya dan beliau telah memilih tanah kontroversi itu tetapi ketika pilihan itu dibuat, beliau mendakwa, sedikit pun tidak mengetahui mengenai nilai semasanya.

Kata Najib; "Itu bukan kerja saya. Itu kerja kerajaan. Saya bukan jurunilai tanah dan saya tidak tahu berapa nilai tanah tersebut.”Pada akhirnya, Najib menolak tanah yang dianugerahkan kepadanya itu. Maka secara automatik juga bebanan untuk kabinet membuat keputusan sama ada akan meluluskannya berakhir dengan sendirinya.

Pertanyaan Belalang ialah, jika isu ini tidak terbongkar, diketahui umum dan menjadi kontroversi, apakah Najib akan menolaknya?

- Belalang - Tepuk dada tanya selera...

Klik di sini untuk terus membaca