SESUNGGUHNYA Belalang sentiasa ternanti-nanti, bilakah saatnya Malaysia akan capai tahap integriti sepertimana yang telah ditunjukkan oleh Ketua Menteri negeri New South Wales di Australia apabila beliau meletakkan jawatan dengan sukarela... Klik di sini untuk terus membaca

SESUNGGUHNYA Belalang sentiasa ternanti-nanti, bilakah saatnya Malaysia akan capai tahap integriti sepertimana yang telah ditunjukkan oleh Ketua Menteri negeri New South Wales di Australia apabila beliau meletakkan jawatan dengan sukarela selepas dikaitkan dengan satu skandal.

Gladys Berejiklian membuat keputusan untuk melepaskan jawatannya pada 1 Oktober lalu setelah badan pemerhati antirasuah Australia melancarkan siasatan ke atasnya. Beliau melepaskan jawatan walaupun masih belum didapati bersalah.

Ketua Menteri wanita berusia 51 tahun itu berkata, beliau tidak mempunyai pilihan melainkan melepaskan jawatan sebaik sahaja Suruhanjaya Bebas Membanteras Rasuah negara itu secara rasmi membuka kertas siasatan ke atasnya.

Beliau didakwa melakukan pecah amanah antara tahun 2018 hingga 2021 ketika menjalinkan hubungan dengan seorang ahli politik secara sulit.

"Saya sayangkan kerja saya kerana banyak yang masih belum saya laksanakan tetapi saya perlu akur dengan siasatan yang dibuka ke atas saya kerana ini adalah soal integriti,” ujarnya lagi.

Berejiklian dituduh menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri NSW dengan memberi geran kepada wakil rakyat kawasan Parlimen Wagga-Wagga, Daryl Maguire sedangkan secara rahsia mereka sedang memadu cinta. Kini mereka bukan lagi sepasang kekasih.

Apa yang berlaku di Malaysia adalah sebaliknya. Orang yang terpalit dengan skandal bukan sahaja enggan melepaskan jawatan secara sukarela malah masih diangkat dan dipuja bagaikan sang hero.

Ini menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan amalan dan budaya masyarakat kita.

Memuja dan mengangkat penyangak sebagai hero mencerminkan masyarakat yang rosak. Dan ada sejumlah kumpulan yang besar masih menjadi pengikutnya di laman sosial. Dan angkanya adalah berjuta.

Mereka bukan sahaja tidak rasa bersalah malah memuja-muja dan memberi sokongan seolah-olah apa yang dilakukannya adalah betul dan harus dipertahankan.

- Belalang - Menanti sesuatu yang tak kunjung tiba...

Klik di sini untuk terus membaca