VETERAN Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengenepikan dakwaan kekalahan teruk parti itu dan koalisi Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka pada Sabtu adalah petunjuk Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah tidak lagi... Klik di sini untuk terus membaca

VETERAN Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengenepikan dakwaan kekalahan teruk parti itu dan koalisi Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka pada Sabtu adalah petunjuk Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah tidak lagi relevan.

Sebaliknya, bekas Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Perak, Dr Muhammad Nur Manty menegaskan Presiden PKR itu masih diperlukan PH untuk kekal mengemudi koalisi itu.

Di sebalik pelbagai tanggapan dilontarkan terhadap Anwar, beliau yakin Ahli Parlimen Port Dickson itu masih mempunyai karisma dan daya penarik diperlukan bagi menambat hati pengundi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) terutama dalam kalangan etnik Melayu.

"Walaupun ramai menjadikan Anwar sebagai 'kambing hitam' di atas kekalahan PH di Melaka, saya fikir keperluan Anwar untuk kekal menerajui PKR dan PH masih ada kerana kita tidak boleh menafikan karisma dan aura kepimpinan bersih dan integriti yang dimiliki beliau.

Muhammad Nur Manuty

"Dalam keadaan sukar ini, semua pihak harus memberikan keyakinan bahawa Anwar masih diperlukan dalam konteks politik nasional.

"Cuma satu isu penting perlu diperkukuhkan Anwar adalah keperluan menekan semula segala strategi yang mengangkat kepentingan orang Melayu serta memastikannya benar-benar mengakar dalam pemikiran pengundi Melayu," katanya kepada Sinar Premium pada Ahad.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kekalahan teruk PKR dan PH pada PRN Melaka yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah setelah memenangi 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Pada pilihan raya negeri itu, PKR yang bertanding pada 11 kerusi DUN, menunjukkan prestasi sangat buruk apabila gagal memenangi sebarang kerusi berbanding DAP yang berjaya mengekalkan 4 kerusi DUN, manakala Parti Amanah Negara (satu kerusi).

Bekas ADUN Machap Jaya, Genie Lim mengenepikan dakwaan beliau menjadi mangsa politik PKR kerana tidak dicalonkan kembali pada PRN Melaka dan bertekad untuk bersetia bersama Anwar.

Dalam pada itu, pandangan berbeza dikemukakan seorang penganalisis politik daripada Universiti Tasmania, Profesor Dr James Chin yang berpandangan Anwar sebenarnya membuat banyak kesilapan besar pada PRN Melaka kali ini dan wajar dipertanggungjawab ke atas kekalahan PKR.

Jelas beliau, strategi PH melalui PKR dan Amanah menerima dua 'katak politik' adalah sesuatu tindakan yang tidak boleh diterima penyokong PH kerana ianya dipercayai atas kehendak Anwar sendiri atas alasan mahu 'mencuri' undi etnik Melayu.

"Sekiranya kesilapan demi kesilapan politik sebegini berterusan dilakukan Anwar, PH pastikan akan kalah teruk pada PRU15 jika koalisi itu masih mengekalkan Presiden PKR itu sebagai calon Perdana Menteri," katanya.

James Chin

Klik di sini untuk terus membaca