SHAH ALAM - Kerajaan negeri perlu mengehadkan pengeluaran lesen kepada individu yang terlibat dengan aktiviti perlombongan emas bagi memastikan ia tidak memberikan kesan kepada penduduk di kawasan sekitar. Aktivis alam sekitar, Amlir Ayat... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Kerajaan negeri perlu mengehadkan pengeluaran lesen kepada individu yang terlibat dengan aktiviti perlombongan emas bagi memastikan ia tidak memberikan kesan kepada penduduk di kawasan sekitar.

Aktivis alam sekitar, Amlir Ayat berpendapat, kegiatan ekonomi merupakan salah satu aspek penting, namun ia harus bertujuan meningkatkan kesejahteraan rakyat bukannya memberi ancaman malah keuntungan kepada golongan-golongan tertentu.

"Berdasarkan kepada pengalaman lepas, kegiatan perlombongan emas di Malaysia masih menghadapi cabaran besar khususnya dari sudut pemantauan dan penguatkuasaan.

"Dari sudut kualiti sumber air, bahan-bahan pencemar termasuk logam-logam berat seperti arsenik (As), cadmium (Cd) dan plumbum (Pb) telah dikesan di bekas-bekas tapak perlombongan emas.

"Justeru, bahan-bahan seperti ini amat merbahaya kepada nyawa manusia,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Selain mengehadkan pengeluaran lesen, Amlir turut mencadangkan agar kerajaan negeri melaksanakan pemantauan selain melaksanakan undang-undang dengan telus dan jujur kepada semua agensi yang terlibat, bermula dari fasa kelulusan sehingga dibenarkan untuk melaksanakan aktiviti melombong emas.

"Pemantauan daripada masyarakat awam juga penting bagi membolehkan mereka melaporkan sebarang pengabaian undang-undang kepada pihak berkuasa,” katanya.

Amlir berkata lagi, pelaksanaan inisiatif pendidikan di institusi-institusi pengajian dan kesedaran awam juga perlu untuk memastikan orang ramai menyedari akan risiko kegiatan perlombongan yang berleluasa sehingga boleh mengancam nyawa.

"Usaha tersebut secara tidak langsung menjamin pembangunan sebuah generasi Malaysia akan datang yang bukan saja lebih prihatin terhadap kegiatan-kegiatan perlombongan haram dan memusnahkan alam sekitar, malah menjadi generasi yang lebih mampan,” kata beliau.

Klik di sini untuk terus membaca