TERKEJUT beruk semua orang dengan apa yang berlaku di Melaka. Banyak yang menjangka Barisan Nasional (BN) akan menang, tapi menang tipis. Rupa-rupanya BN dapat 21 kerusi (daripada 28), berbanding lima untuk Pakatan Harapan (PH) dan dua untuk Perikatan Nasional (PN).
Nampaknya memang pengundi Melaka buat keputusan untuk sokong UMNO dan BN. Orang macam Bossku Tuk Seri Najib jadi bintang besar sewaktu berkempen. Ada yang kata dia salah satu punca utama kemenangan UMNO dan BN.
Ada juga yang kata apa yang berlaku di Melaka membayangkan keadaan masa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti. Maka sudah terdengarlah suara-suara sombong daripada beberapa orang pemimpin UMNO. Ada yang kata rakyat menunggu nak undi mereka dalam PRU15. Ada yang kata model Melaka di mana UMNO dan BN tak babitkan Bersatu dan Pas dalam PN adalah formula yang terbaik.
Awang cuma nak bagi ingatan, kemenangan besar di Melaka tak semestinya cerminkan pandangan rakyat seluruh negara. Patutnya ini masa untuk mereka bersyukur dan bermuhasabah diri. Belajar daripada pengalaman sebelum 2018. Kesombongan mereka membawa rebah.
Ada masalah dalaman UMNO yang kena diperbetulkan dulu, termasuk dalam UMNO Melaka. Dengarnya dalam UMNO Melaka sendiri ada kem dan kelompok. Banyak yang bertanya apa perlunya angkat sumpah pukul 1 pagi? Jikalau menang majoriti tipis patutlah, ini menang besar.
Tentulah ada rasa khuatir dalam kalangan UMNO sendiri akan ada orang yang akan pintas untuk jadi Ketua Menteri.
Klik di sini untuk terus membaca