SHAH ALAM - Pengendali media sosial seperti Facebook, Instagram dan YouTube yang berpangkalan di luar negara telah menetapkan terma perkhidmatan serta piawaian komuniti bagi sebarang penyebaran kandungan di platform dalam talian itu.... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Pengendali media sosial seperti Facebook, Instagram dan YouTube yang berpangkalan di luar negara telah menetapkan terma perkhidmatan serta piawaian komuniti bagi sebarang penyebaran kandungan di platform dalam talian itu.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata, bagi kandungan iklan yang berunsurkan bahan lucah, ia tertakluk kepada peruntukan undang-undang di negara ini.

Menurutnya, penguatkuasaan dilakukan oleh beberapa kementerian dan agensi kerajaan bergantung kepada bentuk kesalahan dilakukan.

"Agensi terlibat, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SKMM.

"Kandungan Komunikasi dan Multimedia juga boleh digunakan sebagai garis panduan kepada pengiklan yang meliputi pengiklanan dalam talian.

"SKMM akan mengambil tindakan berbentuk administratif merangkumi laporan penyalahgunaan kepada penyedia platform dan pemberian nasihat serta panduan mengenai langkah-langkah lain yang boleh dilakukan pengadu,” katanya.

Tambah SKMM, kerjasama dan koordinasi telah sedia terjalin antara SKMM dengan pihak penyedia platform media sosial.

Sehubungan itu, SKMM mengingatkan peniaga supaya tidak melakukan perkara yang boleh melanggar mana-mana peruntukan undang-undang di negara ini.

"Berlandaskan laporan dan aduan awam, tindakan penguatkuasaan akan disusuli ke atas pelaku kesalahan terbabit,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca