SHAH ALAM - Mengehadkan perkhidmatan wakil rakyat kepada dua penggal akan membuka ruang lebih luas kepada pemimpin baharu untuk menampilkan idea lebih segar serta selari dengan kehendak semasa rakyat. Penganalisis Politik daripada... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Mengehadkan perkhidmatan wakil rakyat kepada dua penggal akan membuka ruang lebih luas kepada pemimpin baharu untuk menampilkan idea lebih segar serta selari dengan kehendak semasa rakyat.

Penganalisis Politik daripada Universiti Malaya, Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, rakyat juga akan menghormati wakil rakyat yang mengundur diri kerana memberi peluang kepada muka baharu menerajui negeri atau negara.

"Kita lihat apabila Barisan Nasional (BN) mengetengahkan strategi menurunkan 85 peratus muka baharu pada PRN Melaka, ia menghasilkan kejayaan besar,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Mohammad Tawfik berkata, cadangan mengehadkan perkhidmatan wakil-wakil rakyat kepada dua penggal merupakan langkah berani BN.

"Sebelum ini kita mendengar cadangan seperti ini daripada pihak Pakatan Harapan untuk mengehadkan jawatan Perdana Menteri selama dua penggal sahaja, namun tidak direalisasikan. Ini menggambarkan BN mendahului agenda demikian,” kata beliau.

Klik di sini untuk terus membaca