SHAH ALAM - Kekangan atau had penggal sewajarnya dibuat ke atas pihak eksekutif terlebih dahulu terutamanya menteri besar, ketua menteri dan Perdana Menteri sebagai permulaan, kata Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil.... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Kekangan atau had penggal sewajarnya dibuat ke atas pihak eksekutif terlebih dahulu terutamanya menteri besar, ketua menteri dan Perdana Menteri sebagai permulaan, kata Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil.

Menurutnya, ini kerana pihak eksekutif berbeza dengan penggubal undang-undang seperti wakil rakyat.

"Isu wakil rakyat berbeza daripada yang berkhidmat sebagai Exco, menteri, Perdana Menteri. Sebagai wakil rakyat, kita tiada kuasa meluluskan.

"Kita ada hak untuk menyuarakan suara rakyat. Jadi bagi saya, keutamaan (mengehadkan penggal) haruslah kepada pihak eksekutif,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berpendapat, beliau secara prinsipnya tidak mempunyai masalah mengenai had penggal wakil rakyat kerana isu itu juga boleh diselesaikan menerusi peti undi semasa pilihan raya.

"Kalau penduduk atau pengundi merasakan seseorang calon itu telah terlalu lama berkhidmat dan mahukan calon yang baharu, maka mereka boleh pilih.

"Berbeza dengan Perdana Menteri tidak boleh dipilih. Pemilihan itu bukan secara terus,” jelasnya.

Mengulas isu sama, Ahli Jawatankuasa Pimpinan Parti Amanah Negara (Amanah), Faiz Fadzil bagaimanapun berpendapat, syor had tempoh perkhidmatan wakil rakyat kepada dua penggal merupakan satu langkah ke belakang atau regresif kerana menghalang hak dan kebebasan seseorang untuk berpolitik yang dijamin oleh Perlembagaan.

"Wakil rakyat dipilih oleh rakyat di kawasan tertentu selagi mana disukai oleh rakyat di kawasan tersebut. Sebaiknya, biar rakyat yang tentukan untuk tempoh berapa lama seseorang itu layak dipilih sebagai wakil rakyat.

"Ini bermaksud jika perkhidmatannya baik, rakyat berhak memilih beliau untuk tempoh yang lebih lama, tetapi jika gagal, sepenggal pun sudah cukup baginya,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca