SHAH ALAM - Tempoh berkaitan had jawatan tidak seharusnya hanya tertumpu kepada Perdana Menteri sebaliknya perlu melibatkan menteri besar dan ketua menteri.
Pakar undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, pemimpin di peringkat Persekutuan dan negeri seharusnya tidak memegang jawatan yang disandang dalam jangka masa lama.
"Seseorang yang menjadi pemimpin di peringkat tertinggi tidak (seharusnya) begitu lama memegang jawatan kerana jika begitu lama, maka seolah-olah dia telah menguasai jawatan tersebut.
"Mungkin banyak perkara-perkara yang tidak elok berlaku dalam memonopoli jawatan. Jadi saya rasa elok kalau terpakai kepada semua tidak kiralah negeri atau Persekutuan,” katanya.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai laporan bahawa Rang Undang-undang (RUU) berkaitan antilompat parti dan had tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun dicadang dibentangkan di Parlimen sebelum Julai tahun depan.
Mengulas lanjut, Nik Ahmad Kamal berkata, sekiranya perkara terbabit diterima oleh semua pihak, maka pindaan akan dibuat di peringkat Perlembagaan Persekutuan.
"Mungkin dipinda di bahagian Perkara 43 tentang pelantikan Perdana Menteri. Bahagian itu juga sama sebenarnya dengan peruntukan Perlembagaan negeri-negeri.
"Maka selepas itu, negeri-negeri juga perlu meminda Perlembagaan mereka,” katanya.
Klik di sini untuk terus membaca