AWANG tertarik dengan cadangan Himpunan Malaysia yang Lebih Baik (Better Malaysia Assembly atau BMA). Cadangan itu khabarnya sudah lama dilontarkan oleh Tan Sri Mohamed Nazir Razak. Baru-baru ini beliau gerakkan 54 orang lain untuk tulis... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG tertarik dengan cadangan Himpunan Malaysia yang Lebih Baik (Better Malaysia Assembly atau BMA).

Cadangan itu khabarnya sudah lama dilontarkan oleh Tan Sri Mohamed Nazir Razak.

Baru-baru ini beliau gerakkan 54 orang lain untuk tulis surat pada Yang di-Pertuan Agong tentang hal itu.

Memang Awang dah jangka macam-macam reaksi terhadap cadangan itu. Macam Awang duga orang politiklah yang pertama melenting.

Mungkin mereka rasa BMA macam satu lagi Dewan di luar Dewan Rakyat. Ada yang anggap itu cabaran pada institusi politik sedia ada.

Ada yang kata BMA tak perlu. Sistem yang ada dah cukup. Tak payah sulitkan lagi dengan satu badan yang lain.

Dewan Rakyat adalah badan tertinggi untuk menggubal dan memastikan pelaksanaan dasar negara.

Tapi Nazir dan kawan-kawannya mungkin ada pandangan lain. Sistem politik kita begitu terbelah dua.

Apa yang dibuat oleh satu pihak tak disetujui oleh pihak yang lain.

Untuk tujuan yang baik pun tak mudah dapat kesepakatan disebabkan berlainan parti. Setiap ahli Parlimen terpaksa ikut pendirian parti.

Menurut laporannya BMA bukan nak ambil alih tugas Dewan Rakyat. BMA akan bincang dan bentang syor yang baik untuk rakyat.

Kaedah ini dah dibuat pada masa Majlis Perundingan Negara (MPN) selepas Peristiwa 13 Mei 1969.

Tujuannya tambah baik dasar sedia ada dan bagi cadangan baharu yang tak tertakluk dari sudut kepartian sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: 55 tokoh bergabung dalam musyawarah demokrasi

Klik di sini untuk terus membaca