MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Tuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar maklumkan bahawa kerajaan akan bawa ke Parlimen Rang Undang-undang untuk hadkan tempoh jadi Perdana Menteri (PM) pada 10 tahun sahaja. Pada waktu yang sama kerajaan... Klik di sini untuk terus membaca

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Tuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar maklumkan bahawa kerajaan akan bawa ke Parlimen Rang Undang-undang untuk hadkan tempoh jadi Perdana Menteri (PM) pada 10 tahun sahaja.

Pada waktu yang sama kerajaan akan umumkan pendirian tentang soal undang-undang lompat parti.

Pada pendapat Awang dua isu itu dekat di hati rakyat pada masa ini. Pakatan Harapan (PH) dalam manifestonya ada sebut had tempoh jadi PM.

Tapi bila PH berkuasa mereka tak sentuh pun hal itu. Banyak reformasi yang dijanjikannya hanya tinggal janji. Manifesto pilihan raya tinggal manifesto.

Kalau kerajaan Tuk Seri Ismail Sabri betul-betul kemukakan pindaan itu, beliau akan lebih dihormati. Jelaslah beliau bukan gila kuasa yang nak memerintah berpuluh tahun.

Indonesia dah hadkan tempoh jadi Presiden selepas kejatuhan Suharto. Amerika Syarikat (AS) dan lama tetapkan Presiden hanya boleh pegang jawatan dua penggal.

Tentang soal undang-undang lompat parti memang tak mudah nak rangka. Mungkin kerajaan perlu minta pandangan banyak pihak macam mana nak laksanakan.

Soal lompat parti ini memang memalukan. Pengundi calonkan mereka dan parti yang dokong mereka tetapi mereka lompat parti apabila menang.

Tapi kita dah lihat bagaimana pengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ajar orang yang lompat parti. Sebelum ada undang-undang pun rakyat dah bertindak dulu.

Kita harap orang politik jenis ini akan serik untuk buat gitu pada masa hadapan.

Klik di sini untuk terus membaca