SHAH ALAM - Kerajaan boleh mengurangkan kos ujian RT-PCR atau RTK-Ag Covid-19 bagi rakyat yang ingin melakukan perjalanan melalui udara ke Singapura. Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM), Datuk Dr Zainal... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Kerajaan boleh mengurangkan kos ujian RT-PCR atau RTK-Ag Covid-19 bagi rakyat yang ingin melakukan perjalanan melalui udara ke Singapura.

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM), Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, rakyat yang mahu ke negara berkenaan kebanyakan adalah untuk bekerja dan berjumpa ahli keluarga sekali gus ia merupakan satu keperluan.

"Yang penting mereka ini mestilah sudah lengkap vaksin dan sebenarnya kit ujian yang boleh diapati di pasaran pada masa ini sudah memadai.

"Lagipun, kerajaan juga sudah meluluskan penggunaan kit ujian tersebut yang jauh lebih rendah daripada ujian RT-PCR atau RTK-Ag,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Zainal Ariffin berkata, jika ujian itu masih perlu dilaksanakan, maka mungkin kerajaan boleh menetapkan pada harga kos sahaja.

"Memang negara-negara lain pun sudah kurangkan kadar ujian Covid-19 sebagai contoh selalunya ujian RT-PCR sebanyak RM250 mungkin boleh dikurangkan pada harga kos sahaja iaitu RM60 sahaja.

"Jadi mudahkan dan murahkan untuk rakyat dan jangan fikir untuk buat untung sahaja,” ujar beliau.

Klik di sini untuk terus membaca