AWANG senyum kambing baca kenyataan Tuk Marimuthu Nadason yang tawar diri untuk jadi 'Penasihat Hal-Ehwal Pengguna’ pada Perdana Menteri (PM).
Maklumlah sekarang Tuk Seri PM galak sangat lantik penasihat itu dan ini. Begitu juga anggota jemaah kabinetnya. Macam-macam jawatan 'penasihat’ yang diwujudkan yang sebelum ini tak ada.
Awang sampai terlupa berapa banyak ‘penasihat’ yang telah dilantik setakat ini, daripada penasihat undang-undang hingga penasihat agama. Itu tak masuk beberapa orang ‘duta khas’ daripada kalangan orang politik.
Mungkin dalam menilai prestasi kerajaan Tuk Seri PM 100 Hari, kena masukkan pencapaian ‘tambah penasihat’. Apabila Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) tawar diri jadi ‘penasihat’, Awang rasa patut sangat dipertimbangkan.
Lagi pun beliau kata sedia terima tugas dengan upah kurang dari RM55,000 yang dibayar pada ‘penasihat’ lain. Awang nampak kerajaan macam tak dapat kawal harga barang.
Rakyat yang terkesan oleh pandemik sekarang menderita pula akibat kenaikan harga barang. Awang harap Tuk Seri Alexander Nanta Linggi dan kementeriannya tengokkanlah keadaan harga barang.
Dulu ada kempen turun ke pasar untuk pastikan harga terkawal. Tapi apabila harga barang dah tak dikawal, tak nampak kelibat orang kementerian.
Mungkin Tuk Marimuthu boleh bagi nasihat yang betul.
Klik di sini untuk terus membaca