AWANG memang tak suka jika sesuatu keputusan kerajaan dibuat atas dasar ‘popular’. Maksudnya nak tunjuk kerajaan prihatin pada kepentingan rakyat. Tapi kadang-kadang keputusan itu tak munasabah dan tak untungkan negara dan rakyat untuk... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG memang tak suka jika sesuatu keputusan kerajaan dibuat atas dasar ‘popular’.

Maksudnya nak tunjuk kerajaan prihatin pada kepentingan rakyat. Tapi kadang-kadang keputusan itu tak munasabah dan tak untungkan negara dan rakyat untuk jangka panjang.

Macam kes Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Kuala Lumpur dan Singapura.

Kerajaan sebelum ini hentikan projek atas dasar bukan keutamaan. Projek macam itu dianggap projek mega. Awang sama sekali tak setuju.

Kini, semua negara di dunia beri perhatian pada kereta api jenis ini. Macam negara China yang belanja berbilion ringgit untuk bina sistem kereta api yang hubungkan kota utamanya dari selatan ke utara dan timur ke barat.Dengan wujudnya kereta api jenis itu akan jadi laluan utama selain buka peluang niaga baharu. Banyaklah kawasan ekonomi akan muncul.

Dari dulu Awang sokong HSR KL-Singapura. Mungkin ada pihak tak suka. Perjalanan akan jadi pendek. Bukan sahaja KL dan Singapura yang dapat faedah tapi semua bandar yang dilalui oleh kereta api itu. Macam apa yang berlaku di China dan di tempat lain.

Awang tak setuju kerajaan kit bagi pampasan lebih RM300 juta pada Singapura akibat pemberhentian projek itu. Bagi Awang itu satu pembaziran duit rakyat.

Awang harap Tuk Seri PM fikirkan masa depan keuntungan ekonomi negara dengan meneruskan projek ini. Jangan ikut cakap mereka yang berkepentingan sahaja.

Klik di sini untuk terus membaca