SHAH ALAM - Islam mewajibkan umatnya berikhtiar mengubati apa jua jenis penyakit termasuk HIV dan AIDS. Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, dalam sebuah hadis sahih, Nabi Muhammad SAW memerintahkan umat Islam... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Islam mewajibkan umatnya berikhtiar mengubati apa jua jenis penyakit termasuk HIV dan AIDS.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, dalam sebuah hadis sahih, Nabi Muhammad SAW memerintahkan umat Islam supaya berubat kerana ALLAH SWT tidak mendatangkan penyakit kecuali ada ubatnya.

Menurutnya, penyakit itu boleh dianggap sebagai ujian ALLAH ke atas kita semua kerana dalam al-Quran dinyatakan bahawa ujian boleh datang sama ada baik atau buruk.

"Oleh itu, kita perlu sabar menghadapinya di samping berikhtiar mencari jalan bagi mengatasinya,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Salim berkata, masyarakat dinasihatkan tidak mendiskriminasikan pesakit HIV dan AIDS, sebaliknya hendaklah bergaul dengan mereka sama seperti orang sihat lain.

"Ini kerana penyakit ini tidak berjangkit melalui pergaulan seperti berbual, makan bersama atau bersentuhan kulit.

"Kita mesti bersimpati dengan golongan terbabit dan cuba membantu mereka meneruskan kehidupan,” jelas beliau.

Klik di sini untuk terus membaca