SABAK BERNAM - Bekas pengurus jenama sebuah syarikat perkhidmatan telekomunikasi tekad bangkit mengubah kehidupan selepas disahkan menghidap HIV akibat penyalahgunaan dadah jenis syabu. Fauzi, 36, berkata, sebaik disahkan dijangkiti virus... Klik di sini untuk terus membaca

SABAK BERNAM - Bekas pengurus jenama sebuah syarikat perkhidmatan telekomunikasi tekad bangkit mengubah kehidupan selepas disahkan menghidap HIV akibat penyalahgunaan dadah jenis syabu.

Fauzi, 36, berkata, sebaik disahkan dijangkiti virus itu, dia resah sekiranya ibu bapa serta adik-beradiknya mengetahui keadaannya.

"Segalanya terbongkar selepas saya dimasukkan ke hospital kerana mengalami sakit teruk dan doktor memaklumkan kepada keluarga bahawa saya menderita HIV.

"Waktu itu, berat badan saya turun mendadak, muka cengkung dan kerap berulang alik ke hospital,” katanya.

Fauzi yang mempunyai ijazah sarjana dalam bidang kimia industri daripada sebuah universiti tempatan memberitahu, dia mula terjebak dengan pengambilan syabu semasa bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi dengan pendapatan tinggi.

Bagaimanapun, menurut Fauzi, kepuasan dinikmati akibat pengambilan syabu hanyalah sementara apabila kesan pengambilan secara berterusan menyebabkannya ketagihan.

Anak bongsu daripada lima beradik itu berkata, sejurus pulang ke kampung, kehidupannya lebih tenang kerana mendapat sokongan keluarga yang tidak pernah menghukum, jauh sekali menyisihkannya.

"Saya tekad untuk pelajari agama dan berubah selain ingin menebus segala kesilapan lalu selagi masih bernyawa,” katanya yang mendaftar masuk ke Rumah Kebajikan Darul Islah di sini lebih setahun lalu.

Klik di sini untuk terus membaca