SHAH ALAM - Kelemahan umat Islam pada masa ini adalah tidak mempunyai kepimpinan yang boleh menyatukan mereka. Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjelaskan, kepimpinan ini seharusnya berani membawa umat Islam ke... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Kelemahan umat Islam pada masa ini adalah tidak mempunyai kepimpinan yang boleh menyatukan mereka.

Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjelaskan, kepimpinan ini seharusnya berani membawa umat Islam ke medan menghadapi cabaran dunia.

"Kelemahan kita tidak ada kepimpinan dan pengurusan," katanya pada Program Bersama Dr Maza dihoskan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar yang disiarkan menerusi semua platform Sinar Harian pada Rabu.

Johan sebelum itu bertanyakan pandangan Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Dr Maza mengenai kekuatan yang ada pada umat Islam sekarang.

Mengulas mengenai perkara terbabit, Mohd Asri berkata, kekuatan yang ada pada umat Islam adalah dari segi akidah dan persaudaraan sesama Islam.

"Kekuatan yang ada pada umat Islam ialah kekuatan akidahnya. Sebab itu bila dilihat berlaku hal-hal seperti isu Palestin umpamanya, kita lihat sentimen umat Islam, mereka bangkit.

"Saya lihat orang di Palestin saya sedih. Walaupun saya tidak kenal dia. Itu akidah yang berada dalam diri kita tanpa perlu kita tanamkan. Agama menanamkannya. Agama menempatkannya. Akidah dan persaudaraan kekuatan kita," ujarnya.

Klik di sini untuk terus membaca