SHAH ALAM - Fenomena aspirasi Keluarga Malaysia melenyapkan sentimen kerajaan pintu belakang atau kerajaan tebuk yang sering diperkatakan oleh rakyat. Pakar geostrategik, Dr Azmi Hassan berkata, konsep itu juga menunjukkan bahawa Perdana... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Fenomena aspirasi Keluarga Malaysia melenyapkan sentimen kerajaan pintu belakang atau kerajaan tebuk yang sering diperkatakan oleh rakyat.

Pakar geostrategik, Dr Azmi Hassan berkata, konsep itu juga menunjukkan bahawa Perdana Menteri itu untuk semua dan bukan hanya kepada penyokongnya sahaja.

Beliau berkata, konsep tersebut berkemungkinan dianggap klise, tetapi mempunyai maksud yang lebih mendalam sekiranya dikaji.

"Beberapa keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memang saya katakan agak berani.

"Saya ambil contoh keputusan Bajet 2022, Sabah membuat aduan kenapa dia dapat RM5 billion sahaja, sedangkan Sabah adalah antara enam negeri yang menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara yang teratas.

"Kalau kita ambil konsep Keluarga Malaysia ini, manfaat itu mesti dirasai oleh semua. Maknanya sama rata. Kalaulah mahu ikutkan siapa penyumbang terbesar KDNK, mereka akan dapat peruntukan yang besar.

"Jadi ini kita katakan konsep yang lebih dalam lagi Keluarga Malaysia kerana itu saya katakan mungkin klise tetapi itu dikatakan kalau kita kaji dalam lagi memang amat memberi kesan,” katanya ketika menjadi panelis Wacana Sinar Harian Edisi ke- 308 bertajuk 'Keluarga Malaysia: Halatuju dan Harapan' yang disiarkan secara langsung menerusi platform Sinar Harian pada Khamis.

Turut menjadi panelis ialah pemangku Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Fatimah Zuraidah Salleh dan Timbalan Pengarah Institusi Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Kartini Aboo Talib, manakala Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar bertindak selaku moderator.

Selain itu, Azmi berkata, jati diri rakyat Indonesia itu lebih kental daripada Malaysia sendiri kerana mereka lebih menghayati pancasila negara.

"Kalau kita katakan baju batik Malaysia itu lebih cantik daripada baju batik Indonesia, memang mereka akan melompat dan itu jati diri mereka.

"Itu saya nak terapkan konsep Keluarga Malaysia ini bahawa dalam hal kedaulatan, cintakan negara, itu saya katakan kebersamaan itu ada,” ujar beliau.

Klik di sini untuk terus membaca