AWANG angkat tabik pada Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr Maza), Mufti Perlis yang secara berani nyatakan pandangannya tentang keadaan umat Islam di negara ini.
Dalam wawancara dengan Tan Sri Johan Jaaffar pada Rabu lalu, banyak perkara yang beliau timbulkan.
Apabila ditanya tentang isu orang Melayu mahu menonjolkan keIslamannya melalui pakaian, Dr Maza berkata, kedatangan Islam tak mengubah baju yang dipakai oleh orang Cina atau orang India.
Kata beliau, Islam bukan menyuruh kita buang baju Melayu dan pakai pakaian Arab.
Kata beliau lagi, kekuatan umat Islam adalah akibat risalah dan dakwah.
Islam jadi kuat disebabkan akidah mereka yang asal. Pemimpin Islam semasa zaman keagungan Islam memimpin dengan baik.
Mereka sangat toleran pada fahaman yang berbeza-beza.
Kata Dr Maza, semakin bertoleransi sesebuah kerajaan semakin lama ia akan bertahan.
Kata beliau, tugas pemimpin Islam bukan sahaja menyeru membuat amalan tapi juga dalam bidang ilmu.
Pada hari ini, umat Islam ketinggalan dalam banyak hal disebabkan pimpinan yang lemah.
Dr Maza juga bangkitkan tentang hubungan antara orang politik dan orang agama.
Orang agama mencari politik kerana kuasa politik dapat mempertahankan kedudukan mereka.
Orang politik pula mencari orang agama untuk mengesahkan kedudukan mereka.
Kata beliau lagi pada masa ini dominasi orang agama sedang mengambil tempat isu agama.
Klik di sini untuk terus membaca