SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) boleh meneruskan legasinya sekiranya Muafakat Nasional (MN) terbubar, kata Penganalisis Politik daripada Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Kartini Aboo @ Khalid.... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) boleh meneruskan legasinya sekiranya Muafakat Nasional (MN) terbubar, kata Penganalisis Politik daripada Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Kartini Aboo @ Khalid.

Beliau berkata, ia berikutan BN mempunyai beberapa parti gabungan termasuk MIC, MCA dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak.

"Bagaimanapun, BN akan lebih kukuh jika Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersama BN, terutama sekali dalam strategi berdepan dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15),” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian bagi mengulas nasib parti tersebut apabila Pas berpendirian untuk menolak MN andai UMNO enggan menerima Bersatu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyertai gabungan itu.

Kartini turut menyifatkan hubungan Pas-UMNO umpama berkahwin atas dasar kepentingan dan hanya menunggu masa untuk parti berkenaan memilih haluan masing-masing.

Sementara itu, Penganalisis Politik daripada Universiti Utara Malaysia, Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berpendapat MN boleh terbubar memandangkan ia bukan organisasi berdaftar dan hanya satu piagam yang ditubuhkan atas dasar mahu menyatukan gerakan pembangkang melawan Pakatan Harapan (PH).

"Jadi apabila ada pihak dalam PH yang keluar membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan kemudian BN, itu sebab Pas mahukan kerjasama berterusan untuk pastikan kemenangan pada PRU akan datang.

"Tetapi nampaknya BN tak mahu bekerjasama dengan Bersatu berikutan isu perkongsian kuasa ataupun parti itu tidak mahu berkongsi kerusi,” katanya.

Ditanya sama ada BN boleh bergerak sendirian pada PRU15, Mohd Azizuddin berkata, parti itu boleh melakukannya.

Jelas beliau, ia dapat dilihat apabila BN menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini.

Klik di sini untuk terus membaca