SHAH ALAM - Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Ulya Aqamah Husamuddin berpandangan bahawa jumlah bilangan pengundi untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak berkemungkinan lebih teruk berbanding PRN Melaka. Ujar beliau,... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Ulya Aqamah Husamuddin berpandangan bahawa jumlah bilangan pengundi untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak berkemungkinan lebih teruk berbanding PRN Melaka.

Ujar beliau, peningkatan kes penularan Covid-19 yang berlaku selepas PRN Melaka antara faktor utama yang akan mengekang pergerakan rakyat Sarawak untuk mengundi.

"Tambahan pula dua tiga minggu ini sudah keluar cerita mengenai varian Omicron, iaitu varian baru untuk Covid-19.

"Saya kira ini semua akan menjadi faktor-faktor yang mengekang orang untuk keluar mengundi.

"Itu semua memberi kerisauan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dalam program Wacana Sinar edisi ke-309 yang bertajuk Perang Empat Penjuru ‘Bujang Senang' yang disiarkan di platform Sinar Harian pada Selasa.

Turut menjadi panelis, Penganalisis ekonomi, Datuk Dr Madelin Berma; Penganalisis politik, Mujibu Abd Muis manakala Ismail Adnan selaku moderator.

Mengulas lanjut, Ulya Aqamah berkata, harga tiket penerbangan bagi mereka yang mahu pulang ke Sarawak juga tidak masuk akal.

Menurutnya, ia juga menyumbang kepada punca kekurangan pengundi untuk PRN Sarawak yang akan datang.

"Saya pun tidak faham kenapa korporat-korporat ini mengambil peluang untuk memerah daripada rakyat tetapi ini semua antara faktor-faktor yang menjadikan jumlah pengundi pada PRN Sarawak lebih kurang, mungkin sama atau lebih teruk daripada Melaka,” ujarnya.

Klik di sini untuk terus membaca