HARI ini genaplah 100 hari petunjuk prestasi utama (KPI) kementerian-kementerian di bawah pentadbiran Tuk Seri Perdana Menteri (PM). Soalan yang rakyat tanyakan siapakah yang buat penilaian? Apakah ukuran penilaian? Bagaimana kalau sesebuah kementerian atau menterinya tak capai KPI?
Pada masa ini Malaysia ada 31 orang menteri penuh, tak masuk PM. Kata orang berdasarkan nisbah menteri dengan penduduk, kita tertinggi di dunia. Tiap menteri ada timbalan menteri, ada yang lebih daripada seorang.
Selain PM terdapat menteri yang ada penasihat, bukan seorang tetapi beberapa orang. Ada pula mereka yang jadi wakil itu dan ini yang bertaraf menteri. Kementerian pun ada juga lantik penasihat itu dan ini. Pendeknya, lebih 70 orang di negara ini yang berkedudukan timbalan menteri ke atas.
Yang pentingnya bagaimanakah prestasi 31 menteri dan kementerian mereka? Dari dulu lagi Awang dah cadangkan supaya ada badan luar buat penilaian. Jikalau buat ukuran dari dalam, jadilah KPI syok sendiri. Sendiri buat kerja, sendiri letak sasaran, sendiri ukur, sendiri nilai, sendiri umum.
Maka keluarlah macam-macam kenyataan daripada pak dan mak menteri bahawa kementerian mereka capai sasaran. Bukan capai 100 peratus tapi ada yang dakwa capai lebih 100 peratus.
Awang harap Tuk Seri PM berlaku jujurlah pada rakyat dalam hal ini. Nilailah dengan betul.
Klik di sini untuk terus membaca