DUA hari lepas akhbar ini bawa berita utama puluhan ribu pelajar yang tercicir. Kebanyakan pelajar ini tak dapat teruskan belajar akibat kemiskinan ibu bapa. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2021 terdapat 21,316 orang pelajar yang tercicir.
Akhbar ini juga ada buat laporan sebelum ini, akibat lebih setahun tak sekolah, banyak juga pelajar menengah yang enggan kembali ke sekolah. Mereka dah mula 'merasa duit di tangan'. Semasa tak sekolah mereka bekerja sambilan dan dah mula rasa bebas.
Tapi yang Awang sedih adalah laporan kemiskinan dalam kalangan rakyat yang menyebabkan anak-anak mereka tak dapat ke sekolah. Awang faham dengan pandemik Covid-19 yang melanda negara, keadaan kemiskinan rakyat semakin parah. Banyak yang hilang mata pencarian. Kesian nasib rakyat yang menderita di bawah sana.
Awang harap perhatian dapat diberikan pada mereka yang miskin tegar ini. Awang dah naik lemas dengan perkataan 'prihatin', 'rakyat terbela' dan 'nak bantu bumiputera'.
Tugas paling penting adalah pastikan anak-anak orang susah ini terus sekolah. Cukuplah guna perkataan yang tak banyak ertinya pada rakyat yang susah.
Awang nak cadangkan KPM bekerjasama dengan Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta semua jabatan yang relevan untuk buat satu pasukan petugas bagi kenal pasti masalah pendidikan tercicir ini.Patut juga kerajaan negeri tengok-tengokkan juga kes ini. Ini bukan soal persekutuan sahaja. Kita harapkan pendidikan akan angkat rakyat dari lubuk miskin.
Klik di sini untuk terus membaca