BAGI Awang, keputusan Mahkamah Rayuan yang kekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Bossku Tuk Seri Najib tidaklah memeranjatkan sangat. Sebelum ini Bossku dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas kesalahan... Klik di sini untuk terus membaca

BAGI Awang, keputusan Mahkamah Rayuan yang kekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Bossku Tuk Seri Najib tidaklah memeranjatkan sangat. Sebelum ini Bossku dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Banyak yang kata itu buktinya masih ada kebebasan badan kehakiman di negara ini. Keadilan tak kenal sesiapa, tak pilih bulu dan bukan pandang darjat orang.

Awang tahu banyak penyokong Bossku yang kecewa. Awang pun simpati dengan beliau. Bossku besar juga jasanya pada negara. Beliau masih ada peluang untuk bawa kesnya ke Mahkamah Persekutuan. Jika di sana pun keputusan tak menyebelahi beliau, peluang terakhir adalah pengampunan.

Tapi buat masa ini nampaknya Bossku gunakan ‘mahkamah rakyat’ untuk dapat simpati. Itu hak beliau. Pada pendapat Awang pasukan pertahanan Bossku patut kerja lebih kuat. Dalam keadaan sekarang, kadangkala humility kata orang putih (dengan izin) banyak berkatnya.

Selepas keputusan Mahkamah Rayuan itu ada suara yang kata patutnya tak berlaku penangguhan hukuman ke atas Bossku. Ada pula yang kata, dalam kes Tuk Seri Anwar dulu lain pula.

Awang tak berani komen hal itu. Itu soal kehakiman. Macam mana pun Awang angkat topi pada mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin dan PM sekarang yang nampaknya tak campur tangan keputusan mahkamah.

Klik di sini untuk terus membaca