AWANG tak faham perangai sesetengah suami. Mereka anggap soal nafkah perkara mudah. Dua hari lepas akhbar ini dedahkan rekod Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) bahawa ribuan kes tuntutan nafkah isteri dan anak telah difailkan.... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG tak faham perangai sesetengah suami. Mereka anggap soal nafkah perkara mudah. Dua hari lepas akhbar ini dedahkan rekod Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) bahawa ribuan kes tuntutan nafkah isteri dan anak telah difailkan.

Menurut berita itu terdapat kes babitkan suami yang sudah lebih 10 tahun tak bayar nafkah. Alasan yang diberikan adalah mereka sendiri tidak mampu untuk bayar.

Awang cuma nak ingatkan suami yang sedemikian, ini soal tanggungjawab. Soal jodoh dan penceraian memang tak boleh dipersoalkan. Tapi penceraian bukan bererti berakhir tanggungjawab si suami atau si bapa. Mereka perlu ingat janda mereka harus hidup dan membesarkan anak-anak.

Oleh sebab itu, kita baca macam-macam berita tentang nasib ibu tunggal terutamanya yang bercerai. Kisah hidup mereka ada yang sangat menyayat, hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang untuk menyara diri dan anak-anak. Ada juga yang terima suratan dan tak buat tuntutan. Mereka menderita sendirian.

Suami pula takkan tak sedar bahawa mereka dituntut oleh syarak untuk menunaikan tanggungjawab. Mereka tak boleh lepas tangan. Suami yang culas seperti ini bukan sahaja tak bertanggungjawab tetapi boleh jejaskan masa depan anak-anak mereka sendiri.

Awang sokong sangat langkah kerajaan wartakan perintah hiwalah atau sekat akaun suami yang liat bayar nafkah ini. Dengan perintah itu nasib wanita dan anak-anak akan lebih terbela.

Klik di sini untuk terus membaca