MASA memang mencemburui kita dan masa juga tidak akan terus menunggu kita. Pejam celik, pejam celik kita sudahpun menghampiri tahun baharu 2022. Cepatkan? Persoalan yang perlu dijawab, adakah kita sudah membuat persediaan kewangan dan... Klik di sini untuk terus membaca

MASA memang mencemburui kita dan masa juga tidak akan terus menunggu kita. Pejam celik, pejam celik kita sudahpun menghampiri tahun baharu 2022. Cepatkan?

Persoalan yang perlu dijawab, adakah kita sudah membuat persediaan kewangan dan simpanan yang mencukupi untuk menghadapinya?

Pasaran saham pula bertindak balas negatif dengan pengumuman varian baru Omicron sebagai varian yang membimbangkan.

Namun begitu, masih ada peluang untuk kita menjana pendapatan tambahan sekiranya kita telah bersiap sedia dan mengambil peluang.

Jutawan lahir ketika krisis

Ramai jutawan yang lahir ketika krisis. Antaranya, Sir John Templeton.

Templeton dilahirkan dalam sebuah keluarga yang miskin tetapi beliau mendapat pendidikan dalam bidang ekonomi daripada Yale University dan seterusnya menyambung sarjana undang-undang di Oxford.

Templeton dan isteri, Judith Folk sangat berjimat cermat dan hanya akan membeli-belah ketika pasar raya sedang membuat promosi diskaun.

Setiap kali menerima pendapatan, mereka akan menyimpan 50 peratus daripada pendapatan yang mereka terima.

Ketika krisis ‘Great Depression’ menimpa dunia, ramai pelabur yang bertindak untuk menjual saham mereka dan secara tidak langsung menyebabkan banyak harga saham-saham syarikat telah jatuh.

Templeton tidak melepaskan peluang membuat persediaan dengan mengkaji saham-saham yang berpotensi untuk dilaburkan.

Beliau akhirnya membuat pelaburan dalam 104 syarikat dan 37 syarikat daripada jumlah syarikat yang dilaburkan telah bankrap. Akan tetapi, beliau masih lagi mempunyai pegangan saham dalam 67 buah syarikat.

Empat tahun berlalu, jumlah pelaburan beliau USD10,400 telah memberikan keuntungan sebanyak empat kali ganda dan beliau tersenarai dalam kalangan jutawan pada usia 80 tahun.

Simpan dan bersedia

Menurut mantan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tunku Alizakri Alias pada tahun lepas, 71 peratus pencarum mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000. Ini bermakna, pencarum hanya mempunyai RM208 sebulan jika mengambil kira 20 tahun kehidupan selepas bersara.

Persoalannya, cukup atau tidak untuk berbelanja RM208 sebulan?

Mengambil inspirasi daripada kisah Templeton, berikut adalah tiga langkah inisiatif persediaan awal di hari tua di samping menambah sumber pendapatan:

1. Simpan dahulu, baru berbelanja.Kebanyakan orang, mereka berbelanja dahulu dan hanya akan menyimpan apabila mempunyai lebihan wang. Sebaiknya, jadikan amalan baharu untuk menyimpan dahulu, biar sedikit, lama-lama menjadi bukit.

2. Bertindak Dengan IlmuIlmu yang cukup akan membuatkan kita lebih bijak dalam membuat keputusan untuk bertindak. Berbekalkan ilmu dan simpanan lebihan yang ada, kita boleh kembangkan simpanan tersebut melalui pelaburan.

3. Kejayaan milik mereka yang bersedia dengan peluang.

Jangan tunggu peluang hadir baru hendak bersedia, tetapi bersedialah kerana peluang biasanya hadir dalam keadaan kita tidak bersedia.

Masih belum terlambat, jadilah pelabur bijak dan bertakwa.

* Mohd Asri Ahmad ialah Mentor Pelaburan Saham Syariah

Klik di sini untuk terus membaca