SHAH ALAM - Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad, mendakwa Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, sudah menjadi tidak 'centre' (kurang waras) kerana menuduh Parti Amanah Negara (Amanah) sebagai sebuah parti... Klik di sini untuk terus membaca
SHAH ALAM - Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad, mendakwa Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, sudah menjadi tidak 'centre' (kurang waras) kerana menuduh Parti Amanah Negara (Amanah) sebagai sebuah parti ekstrem semata-mata kerana mereka kini berada dalam Pakatan Harapan (PH) bersama DAP.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, DAP bukanlah sebuah parti ekstrem kerana ramai ahlinya terdiri daripada wanita Melayu-Islam dan bertudung termasuklah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman.

"Hadi ni dah tak centre... Pakai tudung ekstrim? Hmmm... calon DAP Melayu pun bertudung," katanya dalam jawapan ringkasnya kepada Sinar Premium pada Selasa.

Khalid yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Abdul Hadi bahawa Pas menolak penyertaan Amanah ke dalam Muafakat Nasional (MN) kerana parti itu bersama DAP dalam PH.

Abdul Hadi pada sidang medianya baru-baru ini menolak penyertaan Amanah dalam MN.


Terdahulu, Abdul Hadi dalam sidang media sempena sambutan ulang tahun ke-70 penubuhan Pas menegaskan sedia memberikan tawaran untuk menyertai MN kepada semua parti berasaskan kepentingan Melayu-Islam dengan syarat mereka tidak terlalu ekstrem.

Abdul Hadi menegaskan Pas tidak akan menerima kehadiran Amanah dalam MN selagi mereka bersama DAP dalam PH yang sentiasa bersikap ekstrem.

"Kita akan berikan tawaran kepada semua parti Melayu Islam tidak ekstrem. Macam kita tahu DAP sebuah parti ekstrem jadi selagi Amanah bersama mereka kita tidak akan terima, sama seperti kenyataan dikeluarkan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah, sebelum ini," katanya. Klik di sini untuk terus membaca