BANYAK kali sudah Awang tulis tentang bahaya tayar terpakai. Ada yang gunakan istilah "tayar celup” untuk tayar jenis ini. Awang tak nafikan ada tayar terpakai yang baik dan selamat digunakan. Ada syarikat yang memang khusus buat tayar... Klik di sini untuk terus membaca

BANYAK kali sudah Awang tulis tentang bahaya tayar terpakai. Ada yang gunakan istilah "tayar celup” untuk tayar jenis ini.

Awang tak nafikan ada tayar terpakai yang baik dan selamat digunakan. Ada syarikat yang memang khusus buat tayar terpakai berkualiti tinggi. Tapi pembeli selalu cari yang murah.

Pembeli pula tak faham keadaan sebenar tayar terpakai yang mereka beli. Ada yang kadar bunganya sudah kurang 50 peratus. Ada pula yang cepat tersiat dan terkopak. Semua ini macam "bom jangka” menunggu masa untuk memberi masalah.

Pada pendapat Awang, tayar dan brek adalah kunci utama keselamatan kenderaan.

Tayar yang kurang baik boleh menyebabkan kereta terbabas atau tayar meletup. Bagi kenderaan besar pula tayar yang tidak berkualiti tidak mampu tampung beban kenderaan berkenaan.

Awang selalu tulis apabila pemandu ditahan oleh polis trafik atau pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), yang ditanyakan adalah lesen memandu dan cukai jalan. Jarang sangat mereka tengok tayar atau periksa brek. Pemandu yang berlesen dan cekap pun tak boleh kawal kenderaan yang tayarnya pecah atau brek yang tidak makan.

Awang tengok banyak bas dan lori guna tayar yang sudah "botak”. Dari sekian banyak tayar, sudah tentu ada yang "botak” dan berbahaya. Bayangkan jikalau kenderaan ini jalan jauh, membawa muatan berat dan laju pula.

Klik di sini untuk terus membaca