SHAH ALAM - Masyarakat Islam tidak perlu ragu-ragu untuk menderma organ kerana ia difatwakan harus dalam Islam. Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata, pemindahan dan pendermaan organ dianggap satu sedekah yang mempunyai... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Masyarakat Islam tidak perlu ragu-ragu untuk menderma organ kerana ia difatwakan harus dalam Islam.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata, pemindahan dan pendermaan organ dianggap satu sedekah yang mempunyai ganjaran pahala di sisi ALLAH.

"Organ yang boleh diambil daripada penderma yang masih hidup ialah salah satu daripada dua buah pinggang dan sebahagian hati. Penderma yang sudah meninggal dunia pula boleh mendermakan semua organ dan tisu yang sesuai bagi tujuan pemindahan,” katanya.

Beliau turut menjelaskan tiada masalah untuk orang Islam mendermakan organ kepada orang bukan Islam semasa hidup atau sudah meninggal dunia namun keutamaan perlu diberikan kepada keluarga sendiri terlebih dahulu.

Sementara itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, pendermaan organ adalah dihalalkan dalam Islam kerana ia selaras dengan matlamat syariah iaitu memelihara nyawa manusia.

Klik di sini untuk terus membaca