SHAH ALAM - Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan mengesahkan khabar angin mengenai dakwaan seorang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) akan meninggal parti itu untuk memimpin sebuah parti... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan mengesahkan khabar angin mengenai dakwaan seorang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) akan meninggal parti itu untuk memimpin sebuah parti politik baharu sudah lama bertiup.

Bagaimanapun, Wan Saiful berkata, sehingga kini tiada pengesahan rasmi dibuat oleh Ahli MPT berkenaan bahawa beliau benar-benar akan meninggal Bersatu untuk menyertai parti lain, biarpun khabar angin berkenaan sudah lebih setahun tersebar.

Berikutan itu, Wan Saiful menegaskan Bersatu hanya boleh mengambil tindakan disiplin terhadap Ahli MPT sekiranya khabar angin berkenaan benar-benar menjadi realiti.

"Saya mengakui memang ada banyak rumors bahawa orang itu, orang ini nak keluar dari Bersatu, namun sudah setahun lebih berlalu tetapi tiada apa-apa pengesahan dibuat individu terbabit.

"Jadi Bersatu akan terus menunggu. Jika ia berlaku maka kita akan keluarkan kenyataan rasmi mengenainya kerana setakat ini ia kekal sebagai khabar angin,” katanya pada Rabu.

Sinar Premium pada Rabu melaporkan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), Datuk Zuraida Kamarudin akan mengetuai sebuah parti baharu Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Jika sumber terdekat yang memaklumkan perkara itu kepadaa Sinar Premium, ini bermakna Zuraida perlu keluar daripada Bersatu atau dipecat keanggotaannya.

Klik di sini untuk terus membaca