SHAH ALAM - Pakar kesihatan awam berpendapat Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang mengenakan kompaun lebih berat untuk kesalahan Covid-19 sehingga mencecah RM1 juta wajar... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Pakar kesihatan awam berpendapat Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang mengenakan kompaun lebih berat untuk kesalahan Covid-19 sehingga mencecah RM1 juta wajar disemak semula.

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, terdapat beberapa perkara di dalam pindaan Akta 342 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak dipersetujui oleh pihaknya seperti kadar denda yang dikenakan, penggunaan kekerasan, pemberian kuasa kepada Ketua Pengarah dan sebagainya.

Zainal Ariffin Omar

"Pasal denda itu, memang patut disemak semula. Denda semasa (sebenarnya) sudah cukup jika ada penguatkuasaan.

"(Denda) RM1,000 jika dibuat penguatkuasaan orang takut sebabnya RM1,000 itu juga mahal,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebelum itu memaklumkan pindaan Akta 342 akan dimurnikan terlebih dahulu sebelum ia dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan ketiga di Dewan Rakyat.

Menurutnya, pemurnian ke atas pindaan itu bertujuan melindungi kepentingan rakyat agar tidak terbeban dengan nilai kompaun yang mungkin terlalu tinggi bagi sesetengah pihak.

Sebelum ini, banyak pihak melahirkan kegusaran tentang pindaan Akta 342 yang dikemukakan oleh KKM termasuklah pembangkang.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa menegaskan bahawa barisan blok pembangkang tidak akan menzahirkan sokongan terhadap pindaan Akta 342 terbabit.

Mengikut cadangan KKM, nilai kompaun dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM1 juta bagi sesuatu pertubuhan perbadanan di bawah pindaan Seksyen 25 (Akta 342).

Bagi kesalahan individu pula, akan ditentukan jumlah wang yang tidak melebihi RM10,000 berbanding RM1,000 sebelum ini.

Dr Zainal Ariffin menambah, sekiranya jumlah denda itu dinaikkan sehingga RM10,000, ia akan memberi kesan yang teruk kepada rakyat.

"Jika kena RM10,000 dua tiga orang, yang susahnya rakyat. Patut kekal pada jumlah biasa dan tidak perlu tinggi,” tegasnya.

Klik di sini untuk terus membaca