SHAH ALAM - Caj transaksi secara percuma menerusi mesin pengeluaran wang automatik (ATM) bagi pelanggan yang mengeluarkan wang tunai antara bank disifatkan sebagai tidak mendatangkan kerugian kepada mana-mana bank. Pakar ekonomi, Dr... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Caj transaksi secara percuma menerusi mesin pengeluaran wang automatik (ATM) bagi pelanggan yang mengeluarkan wang tunai antara bank disifatkan sebagai tidak mendatangkan kerugian kepada mana-mana bank.

Pakar ekonomi, Dr Nungsari Ahmad Radhi berkata, ia kerana tiada laporan kewangan bank semasa Covid-19 menyatakan kerugian berdasarkan perkara itu.

Menurutnya, penggunaan ATM semakin berkurang memandangkan orang ramai lebih menggunakan perkhidmatan perbankan dalam talian.

"Nampak macam satu kelebihan yang diberikan kerajaan untuk pengecualian caj pada sistem MEPS setelah memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman.

"Mungkin bank mula mendapat anggaran Pinjaman Tidak Berbayar (NPL) dan mungkin lebih daripada anggaran asal.

"Ini menyebabkan mereka kemukakan cadangan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk dapat duit daripada perkhidmatan yang sebelum ini adalah percuma,” katanya pada Khamis.

Menurut laporan, beberapa bank telah memuat naik notis berkenaan di platform media sosial masing-masing antaranya Maybank, Bank Islam Malaysia Bhd, CIMB Bank Bhd dan RHB Bank Bhd.

Pada 6 April 2020, kerajaan memperkenalkan pengecualian caj sistem MEPS.

Langkah tersebut bagi membolehkan orang ramai mengeluarkan wang tunai daripada ATM yang berkongsi sistem MEPS semasa perintah kawalan pergerakan tanpa perlu dikenakan caj RM1.

Nungsari turut tidak bersetuju dengan tindakan pihak bank mengenakan kembali caj RM1 di ATM.

Katanya, meskipun lebih ramai menggunakan platform dalam talian, namun mereka yang tidak arif berkaitan perkara itu menjadi mangsa.

Klik di sini untuk terus membaca