SHAH ALAM - Pemilik ikan diberi amaran supaya segera menghentikan perbuatan dan aktiviti melepaskan ikan pendatang ke perairan negara.
"Jika tidak mahukan ikan itu, serah kepada jabatan untuk tindakan nyahkan ikan tersebut dengan cara sebenarnya.
"Kita anggap hobi ini unik, mereka yang ada ikan ini mungkin boleh berbangga, tetapi saya seru agar individu-individu ini dan rakyat Malaysia agar memahami kenapa kita buat larangan membawa masuk ikan tertentu.
"Ikan itu adalah bersifat pemangsa dan kita tidak mahu ia terlepas di perairan umum.
"Individu yang memiliki ikan asing haram ini boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali di bawah Peraturan-Peraturan Perikanan (Larangan Import dan sebagainya bagi Ikan) 1990 Pindaan 2011,” kata Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), Ahmad Tarmidzi Ramly
Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada para pemancing di negara ini yang sentiasa menyalurkan maklumat berkenaan ikan asing di perairan negara.
"Sikap mereka yang menyasarkan penghapusan ikan asing wajar diberi pujian. Malahan penubuhan kumpulan pemancing di media sosial sangat membantu dalam penyebaran maklumat seperti etika baik pemancing, pengenalan spesies asing dan bahaya ikan-ikan ini kepada ekosistem sekiranya dilepaskan semula setelah ditangkap.
"Kepada orang awam yang mempunyai maklumat, boleh menghubungi Pejabat Perikanan Daerah terdekat atau di Pejabat Perikanan Negeri serta Pusat Komunikasi Perikanan (FISHCOM) di talian 03-8870 4058.
Klik di sini untuk terus membaca