SHAH ALAM - Tindakan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menyenaraikan 16 spesies ikan pendatang atau ikan asing disifatkan langkah tepat. Pengusaha dan pengeksport ikan hiasan, Cheah Wan Leong berkata, pengusaha ikan hiasan sedia maklum... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Tindakan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menyenaraikan 16 spesies ikan pendatang atau ikan asing disifatkan langkah tepat.

Pengusaha dan pengeksport ikan hiasan, Cheah Wan Leong berkata, pengusaha ikan hiasan sedia maklum berhubung senarai-senarai ikan pendatang yang tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam negara.

"Sebelum ini ada orang awam yang bertanya kepada kami untuk mendapatkan antara spesies dilarang itu.

"Mungkin mereka melihat ikan-ikan itu di media sosial dan sebagainya sebelum berminat untuk membelanya. Mereka datang ke kedai kami untuk mencari.

"Tapi perkara itu sudah dimaklumkan berkenaan larangan mengimport. Itu sudah dijelaskan oleh kami," katanya.

Wan Leong berkata, sebagai langkah kesedaran kepada umum, pihaknya menampal poster dan hebahan di premis jualan mahu pun pejabat berkenaan senarai ikan larangan dan kesannya.

Katanya, semua senarai ikan itu adalah tidak sesuai untuk berada di ekosistem perairan negara.

"Amat membimbangkan jika orang awam boleh memilikinya kemudian dilepaskan di longkang atau sungai. Ikan tempatan akan terjejas," katanya merujuk kepada ikan asing yang turut dipanggil predator.

Malah, Wan Leong menyeru, pihak berkuasa agar menambah dan mengemaskini senarai terbaru ikan yang dilarang dibawa masuk ke Malaysia kerana antara spesies ikan asing yang semakin popular kini ialah baung ekor merah.

Klik di sini untuk terus membaca