SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengesahkan, beliau masih sihat biarpun kelihatan kurus seperti gambar yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu. Abdul Khalid yang juga mantan Ahli Dewan... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengesahkan, beliau masih sihat biarpun kelihatan kurus seperti gambar yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Abdul Khalid yang juga mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Selangor berkata, beliau kini sedang menjalani rawatan hemodialisis selepas dikesan menghidap sakit buah pinggang, lebih dua tahun lalu.

"Keadaan saya sekarang okey, Alhamdulillah tetapi saya sedang menjalani rawatan hemodialisis. Saya kurus kerana menghidap penyakit diabetes dan sakit buah pinggang.

Khalid (tengah) sewaktu meraikan hari lahirnya ke-75, pada 15 Disember lalu

"Saya sudah hampir dua tahun menjalani rawatan hemodialisis selepas dikesan menghidap penyakit buah pinggang. Sebelum itu disahkan penyakit diabetes, kira-kira beberapa tahun lalu,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Terdahulu, rakyat Malaysia digemparkan dengan penampilan terkini bekas Menteri Besar Selangor itu, yang mengejutkan banyak pihak susulan fizikalnya semakin susut.

Abdul Khalid berkongsi gambar terbaharunya itu di Facebook pada Rabu.

Gambar beliau di samping isteri, Puan Sri Salbiah Tunut bersama anak dan cucunya itu dirakam sewaktu menyambut hari lahir ke-75.

Menerusi kemas kini di Facebook itu, beliau memanjatkan kesyukuran kerana diberikan kesempatan menyambut hari kelahiran bersama keluarga di rumah.

Khalid ketika masih bergelar Menteri Besar Selangor pada tahun 2014.

Klik di sini untuk terus membaca