AWANG terkedu juga dengar amaran Tuk Seri Ketua Pembangkang tentang Digital Nasional Berhad (DNB) di Parlimen baru-baru ini.
DNB adalah syarikat bertujuan khas (SPV) sepenuhnya milik Kementerian Kewangan bagi membangun dan menguruskan rangkaian 5G untuk negara.
Tuk Seri Anwar kata DNB boleh jadi skandal sebesar 1MDB sekiranya tidak ditangani dengan betul dan telus.
Pada masa ini masih belum ada dasar yang jelas dalam soal DNB dan tiada ketelusan serta dibuat tanpa tender.
Bagaimanakah projek mega boleh dibuat secara berahsia? Beliau nak tahu kroni mana yang dapat, anak siapa dan menantu siapa terlibat. Siapa pula yang dapat komisen besar, tanya beliau lagi.
Kata Anwar kosnya pun tak menentu, kadang-kala RM15 bilion dan dah naik RM18 bilion. Ada kemungkinan akan jadi RM20 bilion. Beliau bertanya kenapa tidak ada penilaian terbuka? Beliau mahukan perbahasan yang teliti tentang hal itu di Dewan Rakyat.
Anwar juga kata yang hairannya Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) tidak diajak bersama dalam perundingan itu. Hal ini disahkan oleh Timbalan Menteri berkenaan yang kata memang KKMM tidak dipanggil atau berbincang dalam soal pelantikan DNB.
Mengutip kata Datuk Zahidi sendiri, "Jadi ini satu benda yang cukup ajaib .” Kalau ajaib pada KKMM, pada rakyat, ini macam silap mata pula.
Klik di sini untuk terus membaca