TERTARIK sungguh Awang baca berita muka depan akhbar ini Jumaat baru lalu. Begitu dalam sekali maksud tajuk berita itu. Maklumlah bank-bank pun baru umumkan nak kenakan caj untuk setiap transaksi di ATM. Banyaklah pihak yang kata ini bukan... Klik di sini untuk terus membaca

TERTARIK sungguh Awang baca berita muka depan akhbar ini Jumaat baru lalu. Begitu dalam sekali maksud tajuk berita itu. Maklumlah bank-bank pun baru umumkan nak kenakan caj untuk setiap transaksi di ATM. Banyaklah pihak yang kata ini bukan masanya.

Media juga melaporkan Tuk Seri Perdana Menteri minta pihak bank terus bantu peminjam yang menghadapi kesulitan untuk bayar pinjaman. Beliau juga harap bank-bank akan tangguhkan sebarang tindakan undang-undang terhadap peminjam yang gagal bayar balik hutang mereka.

Kata beliau lagi pihak bank janganlah cepat-cepat mengambil jalan mudah untuk meletakkan mereka yang benar-benar menghadapi kesulitan dalam senarai hitam peminjam atau senarai muflis.

Awang juga setuju tindakan Jabatan Insolvensi Malaysia yang meningkatkan nilai ambang kebankrapan kepada RM100,000 untuk elakkan kes bankrap bertambah pada masa ini.

Awang setuju sangat dengan Tuk Seri PM bahawa peminjam masih perlukan bantuan untuk struktur dan jadualkan semula hutang mereka. Kita masih dalam musibah pandemik Covid-19. Ekonomi masih belum pulih. Walaupun ekonomi kita dah dibuka Oktober lepas tetapi akan ambil masa untuk pulih sepenuhnya.

Inilah masanya setiap pihak harus faham memahami. Soal pinjaman bank memang beban besar dalam keadaan sekarang. Inilah masanya bank-bank ambil sikap prihatin untuk membantu.

Masa senang mereka buat duit banyak, masa susah mereka pun tak rugi kalau bantu rakyat.

Klik di sini untuk terus membaca