SHAH ALAM - Parti Pejuang Tanahairku (Pejuang) mengakui parti itu masih mempertimbangkan tawaran kerjasama daripada beberapa parti pembangkang lain selain Parti Warisan (Warisan) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Ketua... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Parti Pejuang Tanahairku (Pejuang) mengakui parti itu masih mempertimbangkan tawaran kerjasama daripada beberapa parti pembangkang lain selain Parti Warisan (Warisan) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Penerangannya, Ulya Aqamah Husamudin berkata, pihaknya buat masa ini masih terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak, asalkan parti-parti berkenaan bersetuju dengan ideologi perjuangan Pejuang dalam menentang rasuah dan amalan kleptokrasi di negara ini.

Jelas beliau, parti itu kini dalam proses membuat keputusan muktamad dalam menentukan siapa rakan koalisi terbaik bagi menghadapi PRU15 dengan pilihan itu tidak terhad kepada penyertaan Pejuang di bawah payung Warisan sebagai parti utama.

"Tiada masalah kepada kami untuk Warisan mengembangkan sayap ke semenanjung Malaysia kerana Pejuang pun akan melancarkan cawangan parti kami di Sabah dalam masa terdekat.

Ulya Aqamah

"Soal sama ada Pejuang pasti bekerjasama dengan Warisan belum diputuskan kerana kami juga menerima banyak tawaran kerjasama politik daripada parti-parti pembangkang lain.

"Bagi kami, selagi mana parti-parti ini bersetuju untuk memenuhi aspirasi kami yang membawa agenda menolak rasuah serta urus tadbir kerajaan yang tidak betul, Pejuang tiada masalah untuk bersama-sama mereka menghadapi PRU15,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca