SHAH ALAM - Gabungan Parti Sarawak (GPS) berjaya meraih majoriti dua pertiga bagi membentuk kerajaan negeri baharu selepas menang 55 daripada 82 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12. Setakat jam 8 malam, parti gabungan blok... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Gabungan Parti Sarawak (GPS) berjaya meraih majoriti dua pertiga bagi membentuk kerajaan negeri baharu selepas menang 55 daripada 82 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.

Setakat jam 8 malam, parti gabungan blok kerajaan yang ditunjangi Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, melepasi angka majoriti mudah 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, dengan Abang Johari sendiri memenangi kerusi DUN Gedong buat pertama kali selepas berpindah dari DUN Satok.

Beliau menewaskan calon PSB, Mohamad Sofian Fariz Sharbani yang memperolehi 703 undi, calon Parti Amanah Negara (Amanah) (94 undi) dan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Tomson Ango (157 undi).

Abang Johari yang juga Pengerusi GPS mengundi bagi PRN Sarawak ke-12 di Pusat Mengundi Padang Futsal Kompleks Sukan Satok, Sarawak pada Sabtu. Foto Bernama

Antara kerusi lain dimenangi GPS adalah kerusi DUN Sebuyau, Belaga, Beting Maro, Pelagus, Balai Ringin, Baleh, Balingian, Muara Tuang, Bukit Assek, Stakan, Tanjong Datu, Pantai Damai, Demak Laut dan Bukit Sari.

Lebih mengejutkan, sehingga saat ini, blok pembangkang yang diterajui Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Pakatan Harapan (PH) hanya berupaya memenangi tiga kerusi DUN.

Paling mencuri tumpuan adalah calon pembangkang daripada PSB, Baru Bian yang disahkan menang di DUN Ba'kelalan.

Berdasarkan rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah pengundi yang keluar mengundi sehingga 4 petang tadi ialah 55 peratus.

Klik di sini untuk terus membaca