SHAH ALAM - Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, tiada masalah untuk merakam kemenangan bergaya biarpun pertama kali bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N15 Gedong pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 dengan majoriti 3,607 undi selepas berpindah dari kubu kuatnya di Satok.
Abang Johari menewaskan tiga pencabar lain apabila memperoleh 4,310 undi berbanding calon Parti Sarawak Bersatu (PSB), Mohamad Sofian Fariz Sharbini, yang memperoleh 703 undi.
Dua lagi calon iaitu Tomson Ango dari Parti Bumi Kenyalang (PBK) memperoleh 157 undi, manakala calon Parti Amanah Negara (AMANAH), Cikgu Kamal, mendapat 94 undi.
Dalam perkembangan lain, dua Timbalan Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas, juga mencatatkan kemenangan bergaya masing-masing di kerusi Bukit Sari dan Bukit Saban.
Awang Tengah meraih kemenang besar selepas memperoleh 6,385 undi untuk mempertahankan kerusi DUN Bukit Sari dengan majoriti 5,636 undi menewaskan .
Uggah pula memperoleh 5,373 undi (majoriti:3,988 undi) dalam pertembungan tiga penjuru sekali gus menewaskan dua calon lain iaitu Andria Gelayan (PSB) dan Mikhail Mathew dari PKR.
Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, pula memenangi kerusi Asajaya dengan majoriti 4,531 menewaskan tiga calon lain.
Selain itu, tindakan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Ali Biju yang menarik diri daripada menjadi calon di DUN Krian membanti wakil GPS, Friday Belik, mencatatkan kemenangan dengan majoriti 932 undi.
Sementara itu, bekas Menteri Kerja Raya, Baru Bian yang memperoleh 2,687 undi menang di kerusi DUN Ba'Kelalan (majoriti 680) dengan menewaskan empat calon lain termasuk pesaing terdekat calon GPS Sam Laya (2,007 undi).
Calon tunggal Pas, Mohamad Arifiriazul Paijo pula tewas di DUN Beting Maro, ditangan wakil GPS Razaili Gapor yang memperoleh 3,769 undi.
Sementara itu, mengikut keputusan tidak rasmi GPS kini menang lebih dua pertiga kerusi DUN Sarawak selepas meraih kemenangan di lebih 55 daripada 82 kerusi dipertandingan pada PRN Sarawak ke-12 setakat jam 9 malam tadi.
Klik di sini untuk terus membaca