KUCHING - Parti Sarawak Bersatu (PSB) berjaya melakar sejarah apabila memenangi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 yang pertama kali disertai mereka. Meskipun sekadar dianggap 'underdog'... Klik di sini untuk terus membaca

KUCHING - Parti Sarawak Bersatu (PSB) berjaya melakar sejarah apabila memenangi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 yang pertama kali disertai mereka.

Meskipun sekadar dianggap 'underdog' oleh pemerhati politik tempatan berbanding parti pembangkang yang lebih dominan seperti Pakatan Harapan (PH), PSB berjaya membuktikan parti itu perlu diberikan perhatian oleh pihak lawan berdasarkan prestasi cemerlang dikecap.

Dengan Presiden parti itu, Wong Soon Koh,79, berjaya mempertahankan kerusi DUN Bawang Assan bagi penggal ketujuh berturut-turut sejak tahun 1991, PSB turut mencipta kejutan apabila merampas DUN Engkilili daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Lebih manis, bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Baru Bian turut menepati ramalan apabila berjaya mempertahankan kerusi DUN Ba'kelalan, meskipun ramai penganalisis politik menjangkakan beliau tumbang pada PRN Sarawak kali ini.

Melalui kejayaan mempertahankan DUN Bawang Assan, Soon Koh yang juga bekas anggota Kabinet negeri Sarawak, berjaya memenangi kerusi pilihan raya negeri dengan tidak menggunakan logo Barisan Nasional (BN).

Baru Bian pula mempertahankan kerusi Ba'kelalan dengan memenangi 54.66 peratus undi, menyamai prestasinya pada PRN Sarawak tahun 2016 sebagai calon PKR.

Pesaing terdekatnya ialah Sam Laya dari GPS, manakala calon PKR, Martin Labo pula hanya memenangi 57 undi, sekali gus hilang wang deposit.

Bagi kerusi DUN Engkilili, wakil PSB, Johnichal Rayong Ngipa berjaya memenangi kerusi itu setelah meraih 3,246 undi.

Beliau berjaya menewaskan Desmond Sateng Sanja daripada GPS yang memperolehi 2,055 undi, manakala calon bebas, Gemong Batu sekadar meraih 2,013 undi.

Dalam perkembangan lain, calon tunggal Pas dalam PRN Sarawak gagal menewaskan penyandang kerusi DUN Beting Maro daripada GPS.

Setiausaha Pas Sarawak, Mohammad Arifiriazul Paijo dilaporkan tewas kepada penyandang kerusi berkenaan, Razaili Gapor yang berjaya mempertahankannya bagi tempoh empat penggal berturut-turut.

Berikutan itu, Pas sebelum ini turut menduduki tempat kedua dalam persaingan di kerusi DUN Beting Maro pada pilihan raya 2011 dan 2016.

Klik di sini untuk terus membaca