APA yang berlaku pada hari Sabtu dan Ahad minggu lepas memang cukup memeranjatkan. Hujan lebat menyebabkan banjir kilat di banyak negeri. Tapi yang paling teruk adalah Selangor dan Wilayah Persekutuan. Banyak yang terperangkap di jalan dan... Klik di sini untuk terus membaca

APA yang berlaku pada hari Sabtu dan Ahad minggu lepas memang cukup memeranjatkan. Hujan lebat menyebabkan banjir kilat di banyak negeri. Tapi yang paling teruk adalah Selangor dan Wilayah Persekutuan. Banyak yang terperangkap di jalan dan kediaman masing-masing. Ada cerita mereka duduk di bumbung dalam sejuk dan gelap.

Banyak cerita sedih, ngeri dan cemas kita dengar dalam kalangan mereka yang terperangkap. Walaupun begitu, semangat rakyat Malaysia hebat sekali. Mereka bantu sama sendiri, tak kira kaum. Rakyat gunakan media sosial dengan cukup berkesan. Rakyat Malaysia nampaknya amalkan #kitabantukita apabila pelbagai agensi pihak berkuasa masih tidur lena.

Banyak orang pertikai di mana Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN). Kenapa tak gerakkan semua agensi dan aset penyelamat dengan pantas?

Nampaknya pihak berwajib tak siap siaga. Tak belajar lagikah apa yang berlaku pada banjir besar di Johor tahun 2007 dan Kelantan 2014?

Rakyat kecewa sangat dengan tindakan kerajaan tangani isu ini. Awang harap Tuk Seri Perdana Menteri tengok-tengokkan apa yang sebenarnya berlaku pada agensi terbabit. PM kena tegurlah jikalau mereka yang terbabit tak bertindak seperti sepatutnya. Nampaknya dalam soal kesiapsiagaan markahnya setakat ‘D-’ sahaja.

Klik di sini untuk terus membaca