AWANG memang tak setuju VIP sibuk melawat kawasan terjejas. Buat apa datang apabila air dah reda dan keadaan beransur pulih? Di manakah mereka apabila rakyat tersadai berjam-jam dalam cemas dan takut? Daripada gunakan tenaga dan aset bawa... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG memang tak setuju VIP sibuk melawat kawasan terjejas. Buat apa datang apabila air dah reda dan keadaan beransur pulih? Di manakah mereka apabila rakyat tersadai berjam-jam dalam cemas dan takut?

Daripada gunakan tenaga dan aset bawa VIP lebih baik salurkan untuk selamatkan mangsa. Apabila PM melawat kawasan banjir misalnya, semua orang nak tunjuk muka, berhimpit-himpit macam pesta pula. Tak ada siapa yang peduli SOP kalau tengok dalam video.

Awang harap kerajaan kaji juga tanggungjawab kerajaan Pusat dan negeri dalam menangani soal banjir. Rakyat juga nak tahu apa peranan kementerian yang babitkan alam sekitar, kerajaan tempatan dan lain-lain dalam soal kecemasan seperti ini.

Siapakah pula yang jadi kepala perangnya? PM sendirikah?

Awang yakin selepas itu akan ada tuding menuding jari cari siapa salah. Kerajaan negeri dan Persekutuan akan buat macam-macam kenyataan.

Ada seorang menteri kata Malaysia tak terjejas oleh perubahan iklim dan global warming. Awang harap orang-orang besar di kementerian berkenaan tolong nasihatkan dia bahawa kenyataan itu tak betul dan tak masuk akal. Soal perubahan iklim bukan cerita kedai kopi. Ia soal serius.

Awang juga kesal apabila tengok video yang tular di mana rakyat nak masuk ke sebuah kawasan yang teruk dilanda banjir untuk bagi bantuan tapi dihalang oleh pihak polis. Di Dewan Rakyat pula Speaker tak benarkan perbahasan tentang banjir kilat. Alasannya tak ikut aturan mesyuarat. Banjir ada ikut aturan apa-apa ke, Tuan Speaker?

Klik di sini untuk terus membaca