SHAH ALAM - Ibu bapa perlu membuang rasa malu apabila mempunyai anak autism ataupun kurang upaya kerana ia merupakan satu anugerah buat keluarga dan negara. Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Pengerusi VCEE19, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Ibu bapa perlu membuang rasa malu apabila mempunyai anak autism ataupun kurang upaya kerana ia merupakan satu anugerah buat keluarga dan negara.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Pengerusi VCEE19, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, golongan tersebut iaitu autism mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan ia bergantung kepada keadaan.

"Mereka ini boleh fokus terhadap sesuatu perkara dan mempunyai kreativiti tersendiri. Memori mereka juga kadang-kadang ada yang baik. Ada yang tidak boleh menulis, tetapi ada kebolehan lain.

"Ibu bapa perlu buang perasaan malu kepada anak-anak mereka ini,” katanya pada Wacana Sinar Harian Siri 313 bertajuk Nasib OKU Di Malaysia, Tuah Atau Malang? Yang disiarkan di platform Sinar Harian pada Khamis.

Turut menjadi panelis, Pengasas Pertubuhan Kebajikan dan Penjagaan Nur Hidayah, Roslailawati Mohamad, Pengarah Projek Kempen Pembangunan Pusat Tahfiz Anak Istimewa dan Autisme 1.0, Putri Nurul Izzah Azman dan Pemilik RMT Kumanbuster Global dan RMT Entertaiment, Rahmat Md Zainal manakala Khairul Amri sebagai moderator.

dari kiri, Khairul Amri, Zainal Ariffin, Roslailawati dan Putri Nurul Izzah pada Wacana Sinar Harian Siri 313 bertajuk Nasib OKU Di Malaysia, Tuah Atau Malang? Yang disiarkan di platform Sinar Harian pada Khamis

Mengulas lanjut, Zainal Ariffin berkata, ibu bapa seharusnya mendapat rujukan pakar dan klinik kesihatan terlebih dahulu apabila mendapati anaknya merupakan autism ataupun Orang Kurang Upaya (OKU).

"Kepada ibu bapa, kalau ada terdetik sahaja mempunyai anak autism, kena dapatkan rujukan pakar, rujukan klinik kesihatan. Malaysia dah ada sistem yang cukup.

"Tidak payah tanya tempat lain. Kita ada kemudahan dan kita boleh intervensi. Kena selalu buat rawatan susulan,” ujarnya.

Selain itu, beliau turut mencadangkan untuk mempunyai satu sistem dan juga sekolah yang khusus bagi kanak-kanak autism kerana sistem di negara yang ada tidak menjurus kepada mereka.

"Kalau kita lihat di sekolah, contoh, saya lihat banyak kanak-kanak ini kurang tumpuan. Dan cikgu anggap itu gangguan kepada pelajaran. Ada yang letak tepi dan asingkan.

"Dan saya rasa, yang paling baik adalah letakkan mereka kepada sekolah yang khusus dengan tenaga pengajar dan situasi yang khusus macam kemahiran, tauhid, kreativiti kerana mereka tidak boleh diletakkan dalam sistem persaingan begitu,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca